Thursday 5 June 2014

percutian di pangkor 2014

Assalamualaikum

Aku dan keluargaku sempat meluangkan masa bercuti sebelum majlis perkahwinan aku diadakan. Tempat percutian yang paling bajet semestinya pulau pangkor.enjoy pun enjoy

Planing last minute maka nak dapat chalet yg berkenan dihati pun jenuh. Google punya google akhirnya aku jumpa sebuah chalet yang menarik.tapi malangnya tak ramai pon yang review pasal chalet ni.

Nama chalet tersebut adalah nipah waterfront.menghadap laut tapi please jangan ambil yang jenis chalet seaview kerana itu hanya dusta.dahulu benar seaview tapi sekarang telah banyak gerai2 yang dibuka.makanya jadilah geraiview..:)

Aku pilih family room.charge yang dikenakan adalah RM180.bagi aku sangat puas hati kerana disediakan 2 katil queen dan 1 tilam single.bilik sangat besar.boleh duduk 10 orang.nak mandi di laut pun hanya jalan kaki seminit.kettle hanya diberi apabila customer request dengan bayaran cagaran 50 ringgit.nak makan pun melambak gerai2 depan chalet.jalan kaki je uols.

Tapi yang tak best adalah tv hanya ada satu chanel movie omputih.1 channel je.masalah sangat sebab aku datang dengan famili.takkan nak tonton babak2 cium.faham2 sajalah movie omputih macam mana..


toilet (sinki,shower,water heeater,jamban duduk)

2 katil queen

ni adalah ruang di hadapan katil. besar kan..

pemandangan hadapan chalet.

pemandangan hadapan chalet.disebalik gerai2 tersebut adalah laut untuk mandi


overall puas hati dengan servis dari chalet ni.nak cari makanan pun senang sebab banyak gerai,tapi kena beli makanan awal samada pagi atau petang sebab orang ramai.

kalau nak naik bot pulak silalah survey harga dulu.bila dah dapat harga yang berpatutan cubalah tawar lagi. mana tahu rezeki dapat harga murah lagi.

ini nama tokey chalet
nama : Mohd Suffian Bin Ibrahim
no tel : 012-575 4485

sekian.


kehidupanku

Aku hanyalah manusia biasa
Bekerja menghadap komputer 24 jam demi mencari sesuap nasi
Dikurniakan orang2 yang baik disisi diri ini

Niat menulis blog ini sebagai tempat aku menyimpan memori
Almaklumlah aku ni seorang pelupa
Sekurang2nya blog ini boleh menjadi medan ingatanku